-->
*SiGemukChubby*

Friday, November 4, 2011

Bengang!

Sedih gila kot.. Coz i'm not the one.. Macam og bodoh.. Kenapa benda ni boleh wujud? Gila!! I just cant believe it! OMA!! come on! Put urself up! Dont think about it,, SPM is just around tha corner,, focus on it.. Yg lain serahkan pada Yang Berkuasa,, Dia lebih mengetahui. Malas nak get involved dgan benda ni lg.. Just let time finish this up.
Posted by Nur Aqmar at 2:24 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, October 14, 2011

Ap2 saja

Amboi,, seronoknya abg aryl da tibe ireland semula,, tapi masa dia balik untuk cuti sem kali ni tak dapat jumpa,, tapi yana n yasmin datang,, we ol berjumpa kat dp,, n ama dapat jgak jumpa mereka berdua,, havok sungguh!! Apa la depa tu suma!! Pastu kami g open house uma airi lagi,, nyum2 sodapnya makan!! N kak mia is so hot with her good looking bf.. Tak pa,, tak dapat jumpa abg aryl tu small matter je,, ym sudah kan? Hahaha!! Anyway ada masalah sikit dgan member at scol,, but evrything is settle down.. Thanz to my very understand frenz.. Bye n assalamualaikum..
Posted by Nur Aqmar at 1:18 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, May 3, 2011

perancangan untuk minggu ni..

wah!! minggu ni aku sekolah just for three days only! noe y?? ha.. hari isnin memang cuti umum coz labour day, hari jumaat lak terpaksa ponteng untuk g jpj test.. uiii,, takutnya, kalau gagal buat habis duit mak bapak je!! adoi! mintak2 lah lulus.. n good news!! noe y?? sepatutnya hari sabtu ni we ol kena g tanjung karang sampai ari ahad, fortunately, rancangan perlu diubah,, tak jadi g ari sabtu, just go for that sunday only! wah! aku suka sangat sebab ari sabtu ada citer industan yg best! wahaha! (tak sedar diri tol! minggu depan mid year exam, boleh lagi ingat srk! ceh! tak pe meh, just for fun) yg buat aku tak senang duduk is,, minggu ni penentuan for grand prizes! grand prizes for wat? aiyo! for still-going-green campaign lar.. tak tau boleh menang ke tak! punya beria-ia seluruh rakyat 5sc2 mengutip barang recycle, kalau kalah, confirm frust tertonggeng-tonggeng! lagi satu yg buat aku tak lena tidur ialah... MID YEAR EXAM!! god! dah la aku ni bodoh, bengap! haiyo, tak tau la boleh score good result ke tak? but Dayah, kalau kau nak score, you must start from now on! yeah! thats d spirit! go Dayah! go Dayah! ceh! this is the busiest week ever la,, aku penat menaip nih, nanti2 je la aku sambung.. bye bye for now. err before i 4get, aku nak luahkan dulu perasaan tak puas hati aku.. ketak ketuk, pang pung pong! dush dush! wacha! haiiiya! hahahahha! baru puas hati aku.. hehehe! ciau!! opps,, assalamualaikum!
Posted by Nur Aqmar at 3:34 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, March 26, 2011

main wau

  1. wahaha.. main wau besar gedabak.. nasib baik tak kena tarik.. keadaan sawah tu tengah lengang dan lapang, bila main wau, secara automatiknya korang akan capai tahap kepuasan infiniti.. jemput2 datang ke bukit piatu ye... tak malu betul promote kampung sendiri.. apa salahnya kan?? wahahha.. dayah gila! sengal!
Posted by Nur Aqmar at 4:20 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, March 15, 2011

First Time Bawak Motor pergi sekolah..

hahahha,, at last hajat aku nak bawak  motor pergi sekolah termakbul juga.. thanks  to xtraclass...
Posted by Nur Aqmar at 9:57 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Pengalaman yang menyeronokkan

assalamualaikum.. baru aje balik dari VAD 53 camp.. best.. even camp tu majoritinya dipelopori oleh chinese, tapi kepentingan orang melayu ni tetap di utamakan.. cuma  keadaan tandas sedih,, but its a normal thing isn it?? hahaha.. apa yang pasti, kitaorang memang penat.. huhuhu... thats ol for this moment.. chiau..
Posted by Nur Aqmar at 4:15 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, March 9, 2011

mengundur diri

ok ok.. cukup2 dengan mukadimah tadi. syok menaip sampai lupa homework yang berlambak. homework yang membukit menanti untuk disiapkan.. huhu.. kepada yang berminat pada cerita kosong aku ni, nantikan sambungannya ye.. mata dah layu, tapi terpaksa ku besarkan jua gara-gara nak menghadap homework.. papai semua,, assalamualaikum..
Posted by Nur Aqmar at 5:09 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

sambungan....

Suasana di meja makan malam itu riuh rendah dengan suara mereka bertiga bertingkah.
"Faiz, kamu ni, jaga naka dara orang ni baik-baik. Jangan ikut suka kamu je membuli anak orang!" pesan Nek Jah. Aryana mencebirkan lidahnya kepada Faiz. Hani pula menunjukkan tanda thumbs up. Faiz menjegilkan matanya. geram dengan gelagat mereka berdua yang sentiasa berpakat untuk mengenakannya.
"nek, Faiz ni yang selalu kena buli dengan budak berdua ni!" adu Faiz pula. Gelak tawa melatari ruang dapur yang agak kecil itu.
"Aryana ni orang mana?" tanya Nek Jah. Aryana yang sedari tunduk menghadap makan malam mengangkat muka.
"Orang melaka nek, tapi kerja kat KL." balas Aryana. pinggan di tolak ke tepi. mangkuk yang berisi air basuhan tangan dicapai. dicelupkan tangannya ke dalam mangkuk itu. perutnya dah penuh. tak boleh nak sumbat lagi.
"Hani pulak?" pandangan Nek Jah beralih ke arah wajah manis Hani yang sedang meneguk minuman.
"Hani memang asal KL nek,," pendek saja balasan Hani disulami dengan senyuman manis. Nek Jah terangguk.
"Diaorang ni nek, orang bandar. tadi masa Faiz bawak pergi tengok sawah, si Yana ni jakun betul! terlompat sana, terjerit sini. macam budak-budak!" kutuk Faiz. Aryana tersengih sahaja. Hani sudah tergelak kecil.
"Habis tu macam lah kamu ni asal dari kampung Faiz oi... Kalau kamu berdua nak tahu, dulu punyalah kecoh nak tengok sawah, sampai terjatuh dalam sawah. habis berlumpur satu badan. Lepas 2 terjerit-jerit bila pacat naik kat kaki dia. Hai Faiz Faiz..." tergeleng-geleng kepala Nek Jah. Hani dan Aryana sudah pecah perut ketawa. Wajah Faiz sudah mula memerah.
"ala nek! buat ape nenek citer kat dua ekor minah sengal ni, buat malu Faiz je.." Tawa mereka masih kuat kedengaran. Habis Faiz menjadi mangsa sindiran malam itu.

Aryana merenung bintang di beranda rumah. Sepi, hening, sunyi dan tenang sungguh malam ni. Hani sudah lama masuk tidur. dia gemar merenung bintang kala fikirannya ;agi tak tenang atau bercelaru. segalanya bagai hilang tatkala anak matanya merenung cahaya bintang.
"Yana, apa kau dok buat tengah malam-malam ni?" sergah Faiz. aryana mengurut dadanya. aryana memukul lengang faiz. Faiz hanya tergelak sahaja. dalam diam dia mengagumi aryana yang tetap menjaga auratnya. selama mereka berkawan, tak pernah sekali pon aryana mempamerkan auratnya.
"tu.. aku tengah tengok bintang.. cantik..." mata Aryana kembali terpaku pada taburan bintang di langit. Faiz turut mengikut tingkah laku aryana. merenung bintang.
"kau tau tak Faiz, aku selalu berangan nak jadi bintang. ujar aryana.
"oh ye? Kenapa tu?" tanya Faiz.
"yelah, bintang tu cantik. bila aku tengok je bintang tu, masalh aku seolah-olah hilang. aku harap sangat, sesiapa yang tengok muka aku ni, hati dia jadi tenang. jadi sejuk.." aryana tergelak kecil di hujung katanya.
"peliklah kau ni.." hanya itu yang mampu Faiz komen. suasana kembali senyap. tiba-tiba terdengar keluhan daripada bibir Aryana.
"hmmm.. kenapa pulak tu?" Faiz bertanya. kali ni, pandangan turut di alih ke arah aryana. aryana hanya mengangkat bahu. terpancar riak wajah sayu aryana.
"entahlah, aku rasa macam aku ni tak berguna!" Faiz tersentak mendengar kata aryana..
"kau ni, apa yang tak bergunanya? setiap manusia tu pasti lahir dengan satu keistimewaan. tpi, ada juga kelemahan mereka. lagi satu, Allah takkan jadikan seseorang tanpa sebab dan tujuan Yana.." ujar Faiz. Aryana menyangkut dagu di lutut. matanya kini sudah beralih merenung halaman rumah nek jah yang mungkin sudah dibasahi embun sekarang.
"aku tau, tapi aku rasa macam ni perampas. aku rasa serba salah pada sepupu aku. dan aku tak fam kenapa arwa pak usu aku boleh tergerak nak serahkan segala harta dia pada aku. sejak pembacaan wasiat tu, aku asyik kena pulau dengan diaorang.. sampai bila aku nak digelar perampas Faiz?? padahal benda ni semua terjadi bukan kehenddakn aku. andai aku boleh agohkan harta2 tu pada diaorang, aku akan buat. tapi pak usu dah larang awal-awal. apa aku nak buat?" lirih suara aryana. Faiz turut bersimpati. dia tahu konflik yang melanda temannya itu, tapi tak pula dia tahu temannya itu menerima tamparan hebat gara-gara perkara itu. mana taknya, selama ni dia tengok Aryana macam tak kisah je. boleh gelak sakan lagi..
Posted by Nur Aqmar at 5:02 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Insan bernama kekasih

Angin menderu-deru menampar pipi gebu Hani. Rambutnya turut berselirat terbang menutupi wajah yang mulus itu. Bestnya! sedang dia duduk leka menikmati angin sawah, dia terdengar jeritan Aryana memarahi Faiz. Dia tergelak kecil melihat gelagat sahabat-sahabat baiknya yang sedang berkejaran di atas batas sawah. Betapa indahnya pemandangan kampung Faiz ni.. Hani memeluk lututnya. Dia lebih memilih untuk duduk melepak di sebuah pondok yang tersedia di tengah-tengah bendang itu. Dia lebih suka memerhati. Leka dia melihat Aryana dan Faiz yang kelihatan sedang duduk mencangkung di batas. Aryana lebih kasar berbanding dia. Mana taknya, semenjak dari kecil lagi dia telah dididik dan dimanjakan dengan cara high-class.
"Faiz, bestnya kampung kau ni!"  Hani terdengar perbualan Aryana dan Faiz yang sedang menuju ke arah pondok tempat dia melepak.
"Ini baru kau tengok sawah Yana, belum lagi kau tengok air terjun kat hujung kampung ni,, lagi best!" Ujar Faiz. Wajah Aryana sudah memerah dibakar mentari.
"Air terjun?? Kau tak bagitau kau pun ada air terjun kat sini? Jom kita pergi.." ajak Aryana. Faiz yang sudah melabuhkan punggung disisi Hani. Cuma Aryana sahaja yang masih berdiri samnil mengesat peluh di dahi dengan tisu.
"Relax Yana, we still got another 6 days here.. No need to rush." tegur Faiz. Aryana mencebik. Walaupun Aryana bekerja sebagai doktor, namun ada kala peribadinya tak langsung mencerminkan kariernya. Hani hanya tersenyum. Dia sudah lali dengan pertengkarang sebegini. dia pasti, akhirnya Faiz juga yang akan mengalah.
"Sana sikit!" halau Aryana kepada Faiz. Faiz menjeling geram. Tapi dia senang bertemanan dengan dua gadis itu. Seorang pasif, yang seorang lagi agresif. Dia memberi ruang untuk Aryana duduk. Kini dia diapit oleh Hani dan Aryana.
"Faiz, kampung kau ni tenang. relax je duduk kat sini. Untung kau Faiz." puji Hani. Dia memang terpegun sewaktu pertama kali masuk ke kampung ini. Pemandangan yang menghijau menyejukkan mata. Penduduk di situ pula, ramai yang berbasikal dan berjalan kaki, jadi sebab itu udaranya segar.
"Aku tahu, sebab tu aku ajak korang ikut aku balik sini. Aku dah naik rimas dengan keadaan kat KL tu.." Faiz berkata tenang. Aryana sedang sibuk membetulkan tudungnya yang asyik terkelepet gara-gara ditiup angin. Jadi dia agak ketinggalan sedikit dengan topik yang sedang mereka bualkan. Mereka bertiga memang bersahabat baik semenjak dari zaman universiti lagi. Cuma mereka mengambil jurusan yang berbeza. Faiz mengamnil jurusan architecture, Hani pula mengambil jurusan bussiness. Aryana seperti yang sedia maklum, dia mengambil jurusan medic. Pun begitu, mereka kerap meluangkan masa bersama-sama. tak kira walau ke mana. Dengan Aryana, Faiz tidak mempunyai banyak masalah. Aryana seorang yang simple, dan easy going. Dengan Aryana, dia boleh berbual dan bergurau tentang apa sahaja tanpa tapis-tapis. Aryana tak pernah mengambil hati. A ryana Amaline, nama je nampak lembut, tapi orangnya berperangai agak kasar. Dengan Hani Amanda pula, Faiz lebih banyak berhati-hati. Hati gadis itu terlalu lembut. Jika nak dibandingkan antara Hani dan Aryana, dia lebih rapat dengan Aryana. Mungkin kerana mereka berasal daripada family yang sama level. Tak macam Hani, dia berasal dari keluarga kaya. jad sifat rendah diri itu lebih menebal dalam diri masing-masing.
Faiz tersentak apabila Hani melentokkan kepalanya di bahu Faiz.
"Thanks Faiz coz sudi bawak aku kat kampung kau ni. I really appreciate that." ujar Hani. Faiz tersenyum sahaja. Hani memang manja. Aryana pula lebih berdikari. Memang terlalu besar perbezaan antara dua gadis itu. Tapi jika diberi pilihan, tentu saja dia akan memilih Aryana.
"You r so lucky 2 hav this beautiful village Faiz" sampuk Aryana pula sambil tersengih-sengih.
"Jom kita balik, risau kang nenek aku tu.." ajak Faiz. Hani mengangkat kepalanya dari bahu Faiz. Aryana pula sudah mula mengatur langkah ke hadapan. Hani berlari-lari anak bagi menyaingi langkah Aryana dan meninggalkan Faiz di belakang.
Posted by Nur Aqmar at 4:15 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Nama : Nur Hidayah Aqmar Binti Lasim
Umur : 19 tahun
Interests : making friends
Twitter : @NurHidayahAqmar
Instagram : Hidayah2505
Facebook : Nur Hidayah Aqmar
kenali aku


Flying Magenta Butterfly

how is my blog??

assalamualaikum n salam sejahtera..

me n sister

me n sister

Followers

adik aku : echa

adik aku : echa

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (13)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (39)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (8)
    • ►  March (1)
    • ►  February (12)
    • ►  January (3)
  • ▼  2011 (9)
    • ▼  November (1)
      • Bengang!
    • ►  October (1)
      • Ap2 saja
    • ►  May (1)
      • perancangan untuk minggu ni..
    • ►  March (6)
      • main wau
      • First Time Bawak Motor pergi sekolah..
      • Pengalaman yang menyeronokkan
      • mengundur diri
      • sambungan....
      • Insan bernama kekasih
  • ►  2010 (5)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (3)

About Me

My photo
Nur Aqmar
aku Nur Hidayah Aqmar binti Lasim.. but better known as dayah,, mari masuk ke dunia aku.. baca ckisah perjalan hidup aku setiap hari. semoga korang tak jemu..
View my complete profile

Search This Blog

Simple theme. Theme images by luoman. Powered by Blogger.
copyrite:-apa yang aku tylis kat dalam ni milik aku kay..